Monday 31 December 2012

Sweet Memory..

30.12.2012… Hari yang dinantikan oleh semua ahli family aku termasuk bakal family aku.. Hari dimana bersatunya pasangan 2 sejoli.. Cehh macam da kawin ajer padahal hari tu hari pertunangan ajer.. hehee .. Akhirnya setelah 7 tahun berkawan,, Kak Dewi & Abang kesayangan bertunang jugak akhirnya.. 3 tahun berbezaan umur mereka tapi yang buat aku tabik ialah hubungan mereka boleh bertahan selama 7 tahun.. wahhh amazing lorhh.. Bukan senang nak mempertahankan hubungan yang begitu lama tanpa ikatan taw.. Banyak dugaan nya & dengan kesabaran yang menggunung akhirnya bersatu juga.. Bagi aku dugaan hubungan abang & kak dewi boleh tahan hebat juga & kalau aku laa sure tak tahan punye.. Aku tabik dengan kak dewi sebab sanggup tahan sikap baran abang aku tu .. Tapi kadang2 abang aku tu romantik boleh tahan taw.. Baran + Romantik.. Terbaikk laa… Doa buat adik tercinta abang nie agar hubungan abang & kak dewi berkekalan hingga akhir hayat.. semoga bahagia selalu & sweet couple selalu k.. Selamat Bertunang k.. J

sweet kan dyeorang.. ^_^
Comey pulak aku.. hehee
Yasin sebagai artis undangan.. Terbaikk !! 
nie hantaran dari pihak lelaki.. 7 dulang hasil tangan aku & mak aku sendiri.. Cantik kan?? ^_^

Thursday 27 December 2012

Sms Cinta Sang Hati..

Saya bukan Shakespeare yang kaya dengan ungkapan pujangga demi membahasakan kasihku padamu.. Saya bukan Picasso yang mahir dengan lukisan sembolik demi mewarnakan cintaku padamu.. Saya bukan Thomas Edison yang mampu mencipta cahaya demi menerangkan sayangku padamu... Saya adalah saya yang kekal kasih, cinta dan saying padamu..

Kalau
saya jadi airmata, saya ingin lahir dari mata awak, hidup di pipi awak dan mati di bibir awak.. Tapi kalau awak jadi airmata saya, saya tak kan menangis sebab saya tak nak kehilangan awak..

Jangan tertarik kepada seseorang kerana
Parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.. Jangan pula tertarik kepada Kekayaan, kerana kekayaan boleh musnah... Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat kamu Tersenyum, kerana hanya senyuman dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.. Semoga kamu menemui orang seperti itu..

Saya tak bagus dalam
English tapi saya boleh beritahu yang I LOVE U... Saya xbagus dalam Geografi, tapi saya boleh beritahu awak TINGGAL dalam hati saya.. Saya tak bagus dalam Sejarah, tapi saya ingat FIRST TIME saya kenal awak.. Saya tak bagus dalam Kimia, tapi saya boleh beritahu tindak balas saya bila awak SENYUM.. Saya tidak hebat dalam tiap2 subjek, tapi saya boleh beritahu awak yang saya hebat dalam semua subjek jika topic nya ialah AWAK...

Orang istimewa bukan yang selalu
di depan mata.. Mahupun yang sentiasa di sisi, tetapi.. Dia yang setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya..

Friday 21 December 2012

Usaha Tangga Kejayaan..

21.12.2012... hari yang tak boleh dilupakan, dimana hari semua rakan saya menyambut kejayaan masing2.. Tak sia2 usaha yang dilakukan selama nie.. Study hard giler2 sampai ada yang xtido semata2 exam punye pasal .. Memang teruk la waktu nak amek exam dulu tapi ape pun xsia2 usaha kteorang Alhamdulillah…. Semua Berjaya mencapai impian masing2 termasuk aku.. Happy sangat2 sampai nangis haa.. (Ye ker??) heheehe… Ape pun TAHNIAH yer buat NurMazleen,, Saidatul Adilla,, Azuera,, & Nadiramohd.. Semuanya Berjaya & dapat result yang cemerlang.. Bangga dengan kowang semua.. Hope sem akan datang kita berusaha lagi sama2 k.. Sayang kowang sangat2 & best friendz forever yupz.. Walau Berjaya macam mana pun kita,, kawan tetap kawan.. Usaha sama2 sampai kita Berjaya.. Itu yang lebih bahagia dari berjaya seorang diri.. Kejayaan tangga usaha bersama.. Cehhh wahh.. haha.. Love u allz …. <3





Thursday 20 December 2012

Maksud Nama - Huruf

A à Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B à Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C à Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D à Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E à Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F à Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G à Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H à Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I à Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J à Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K à Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L à Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M à Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N à Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O à Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P à Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q à Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R à Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S à Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T à Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U à Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V à Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W à Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X à Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y à Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z à Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tuesday 18 December 2012

Renungkan Bersama ...

•- Bila kita stress, adakah kita mendengar muzik atau bacaan ayat-ayat Al-Quran?
•- Bila kita sedih, adakah kita menangis mengadu pada Allah atau pada teman sekeliling?
•- Bila marah, adakah kita memaki-hamun atau terus ambil wudhu'?
•- Bila merasai kekosongan, adakah kita menonton wayang dan berkaraoke atau kita memahami ayat-ayat Allah?
•- Bila rasa tertipu, adakah kita membalas dendam atau bersabar dan berserah pada Allah?
•- Bila merasakan tidak setuju dengan seorang saudara Muslim, adakah kita mengumpat dan mencelanya atau mendoakannya?
•- Bila mencari idola buat memotivasi diri, adakah kita menyelidik kehidupan para hartawan atau kehidupan mereka yang telah dijanjikan syurga Allah SWT?

Kita sering mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui saluran yang tidak menepati ajaran agama. Ketahuilah bahawa amalan sedemikian cuma membawa bersamanya nikmat yang seketika, tapi tidak tercapai ketenangan dan kebahagiaan yang sebenarnya.

Saturday 15 December 2012

Hening Pagi..

Pada 14 Dec 2012, antara pukul 2.30 a.m. pada hari Jumaat disertai hujan rahmat pergi nya orang yang sangat saya sayangi yang selalu saya hormati dan tempat saya mencurahkan kasih sayang iaitu arwah nenek saya.. Tepat seminggu pemergian arwah dan seminggu itu jugak la rindunya saya pada arwah.. Teringat kembali sebelum arwah meninggalkan saya, saya baru aje pergi melawatnya seminggu sebelum arwah pergi, saya tengok arwah sihat sangat.. Dah boleh berjalan, bercakap, bergurau, arwah nampak sihat sangat.. xsangka sihat arwah tu hanya sementara saja.. Hmm rupanya ada petanda disebalik sihatnya setelah arwah da bertahun sakit, keluar masuk hospital akhirnya dia pergi juga tinggalkan kami semua.. kehilangan arwah amat terasa sebab arwah atuk pun da tiada jadi bila arwah nenek pun da tiada betul2 rasa kehilangan.. Mesti akan menjadi sunyi rumah di kampung tu lagi2 bila ada perayaan.. Apapun saya kena terima seadanya dan berdoa untuknya selalu.. Setiap yang hidup pasti akan kembali jugak pada penciptanya dan kita yang masih hidup perlulah meneruskan perjuangan ke jalan yang diredhai.. saya sayang arwah nenek saya.. Al-Fatihah ~~





Hari Raya Terakhir Bersama Arwah Nenek..


Wednesday 5 December 2012

Andai Itu Yang Terbaik..

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan
KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu
KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Pejamlah mata & Ikutlah kata hati.. Andai sayang yang dirasai,, cubalah kuatkan  hati untuk menerimanya & meneruskannya.. Andai benci yang dirasai,, pulangkan lah dengan cara yang baik seperti mana kita mengambilnya dahulu agar tidak ada yang menyimpan rasa marah atau dendam.. J

Tuesday 23 October 2012

Kias Hati ..


©       Saat kau memintanya tuk setia,,
Yakinkah yang kau juga boleh setia kepadanya?
©       Saat kau mengharap kejujuran daipadanya,,
Jujurkah kau terhadapnya?
©        Bila kau memohon dya menerima dirimu seadanya,,
Bolehkah kau pula menerima segala kekurangannya?
©       Bila kau memintanya melupakan cinta lalunya,,
Sudahkah kau berusaha melupakan cinta lalumu?
©       Saat kau tak ingin dirimu dibandingkan dengan bekas kekasihnya,,
Apa kau yakin kau tak pernah membandingkannya dgn bekas kekasihmu?
©       Saat kau berkecil hati bila sidia tak mengendahkan kata2 mu,,
Terfikirkah kau perasaanya saat kau tak mengendahkan kata2nya?
©        Bila kau bersedih kerana dia tidak mempedulikanmu,,
Pernahkan kau selami kesedihannya ketika kau tidak mempedulikannya?
©       Bila hatimu tak menetu tatkala melihat orang lain cuba mendekatinya,,
Tak terfikirkah kau bagaimana perasaannya bila mengetahui engkau cuba mendekati org lain?
©        setelah dya menjauh darimu mengapa kau persoalkan tindakannya,,
mengapa tidak kau mempersoalkan tidakkan mu terhadapnya?
©       setelah cintamu padam di hatinya mengapa perlu kau mencari tahu akan hal dirinya,,
bukankah dirinya kau anggap tak bermakna & hanya beban dalam hidupmu?


©       Kenapa nak meminta dan mengharap terlalu banyak…
Bila kau tak mahu berusaha menjadi apa yang si dia harapkan…
Kenapa nak mengharap si dia nak buat yg terbaik untuk dirimu…
Seandainya kau tak mahu mencuba buat yg terbaik untuk si dya…

Sunday 14 October 2012

Training Program...


Sebelum hari training program:
-               Mulalah semua group gelabah cari baju untuk training program 2 trmasuk laa aku sndri .. ape lgi lepaz abes kelas ,, aku ,, saidatul & zuera terus g Times Square cari pakaian yg ssuai untuk mjlis trsebut .. memang agak trkocoh2 laa juga sebab decide baju last2 minit .. ikutkan aty nak mara ajer tpi adatlah keje dlm kmpulan msti mcm nie.. memang hari tue duit kuar mcm air laa smata2 majlis 2 pnyer pasal .. 1 set kne beli.. (Blazer, kmeja & kasut) pokaii suda ktaorang .. tpi mcm biaselh adat belajar .. duit msti kuar bnyk nyerr kn ..



Hari training program:
-          Akhirnya tiba juga hari dinanti … bila tiba jer di kolej ,, perhhh sowing2 cantik ngan pkaian masing2 trmasuklah aku .. ehehhee.. pape pn tujuan utama ktaorang nk majlis ktaorang brjalan dgn lancar.. memang brdebar laa jugak nak buat coz 20 mrkah untuk final project ktaorang.. takut nyerr aii .. start ajer masuk bilik training program ktaorang,, semua ahli kmpulan buat keja masing2 .. aku & saidatul mguruskan bhgian mkanan .. memang penat giler .. mane x nyerr tido kol 3.30 pgi then kne bangun alek kol 6.30 untuk wat sandwich.. memang xlarat giler smpai mood aku pn jadi kucar kacir… pgi2 lagi aku da mngis teruk .. xtau laa npe .. ermmm (????) .. pape pun jadi,, Alhamdulillah majlis training ktaorang brjalan dgn lancar n TERBAEKK walaupn simple sgt majlis ktaorang… walaupun dengan penat lelah membuat final project ini tapi alhamdulillah semua brpuas hati dgn majlis kitaorang yg berjalan dengan lancar nie.. lepaz ajer abes majlis training tue ,, ktaorang ape lgi buat laa pesta bramai2 dekat pondok depan kolej.. bak kata rafi leader ktaorang  “ niceeee “ … hehehee


Friday 12 October 2012

Beza lelaki & perempuan ...



perempuan..
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamok,
senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.


lelaki ..
susah utk difahami tapi senang memahami,
susah utk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah utk memarahi tapi mudah menegur,
susah utk setia tapi mudah bertahan,
susah utk menangis tapi mudah tersentuh.

Monday 8 October 2012

merepek japp !!



Aku ada ruang sendiri
jangan Tanya kenapa dan mengapa
dewasa adalah asset ku
ceria selalu hingga ke tahap maksima
terbang bersama aku
jangan tuduh aku jahat sebelum  kenal
aku tahu apa yang aku buat
tapi korang takkan pernah tahu !!
hidup ini mesti bebas
makan ,, minum ,, bermain …
atau jangan buat apa-apa !!
ini adalah kehendak maksima aku ..
tapi dihujungnya pasti ada sempadan …



Friday 5 October 2012

Selamat ulang tahun ..



5.10... birthday orang pernah aku sayangi dahulu... Orang yang pernah ada dalam hati ini... baru hati saling mengenali tapi sayang jodoh xpanjang & mungkin ada hikmah disebalik nya right... memang sukar untuk kita melupakan orang yang kita sayang kan .. bila kita semat dihati dialah orang yang terakhir bagi kita ,, susah untuk hati kita terbuka untuk orang lain .. begitu juga aku yang dulu pernah sayangkan dia yang amat sangat .. tapi harapan hanya tinggal harapan .. janji hanya terkubur begitu .. tanpa sebab yang pasti aku putus dgn dia tapi mgkin ada hikmah nya nanti .. And now alhamdulilh ,, dia da jumpe pengganti aku .. mungkin sakit hati ini untuk menerima khabar nya tapi aku kena terima kenyataan aku & dia da xde pape .. 2 yang pasti dan hati tolong laa padamkan nama nya .. hilangkan la segala ingatanku pada nya .. AMIN..  bak kata kawan saya “Wan” ,, ( “kita hanya mampu merancang ,, ALLAH yang menentukan segalanya.. memang kalau boleh kita nak hubungan kita berkekalan tapi kalau itu bukan jodoh kita .. janganlah bersedih sebab ALLAH akan temukan kita dengan insan yang lebih baik lagi dari dia” ).. That’s right wan... thankz untuk kata2 tue... insyallah saya akan ingat smpai bila2... wassalam... J   



*pape pun selamat ulang tahun che lei... moga panjang umur & murah rezeki .. saya doakan awak bahagia bersama dia & jagalah dia sebaik mungkin .. insyallah saya doakan awak hbungan awak berkekalan dgn dia andai itu jodoh awak .. amin … J

Monday 1 October 2012

sayang lebih indah !!

Mengapa perlu membenci , sedangkan kasih sayang lebih indah !!
cintailah sseorang kerana kekurangan nya ,, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai sseorang dengan kelebihannya ,, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya ..

jikalau rindu , pejamkamlah mata dan titipkanlah doa buatnya agar dia bahagia !!

perempuan kalau ketawa ,, ketawa dia lebih ikhlas daripada lelaki .. tapi lelaki kalau menangis ,, air mata dia lebih jujur daripada perempuan .. same-same la kita hargai pasangan kita ,, jangan sesekali menitiskan airmata nya .. ikhlas la dalam percintaan mu ..


kecantikan tidak menjamin kebahagian , Cuma sekadar sedap mata memandang sahaja !!

belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan .. usah mendambakan teman secantik BALQIS ,, andai dirimu tidak seindah SULAIMAN .. mengapa diharapkan teman setampan YUSOF ,, andai dirimu tidak setulus ZULAIKHA .. tidak perlu mencari seistimewa KHADIJAH ,, andai dirimu tidak sesempurna RASULULLAH SAW .. 


Friday 28 September 2012

sakit atau x ?? & Cicinta …


Sometimes lelaki untuk dapatkan perhatian perempuan mesti cakap diri sendiri sakit laa ,, penyakit yang kritikal laa .. perlu ker buat alasan tue semua semata2 nak dapatkan perhatian seorang perempuan. Come on laa boys,, cubalah sikap matang dalam melakukan sesuatu tindakan .. bagi pengalaman saya ,, ade jugak la kenalan yang saya kenal yang cakap diri nya sakit padahal xsakit pun .. ade yang cakap lelah tahap kritikal laa ,, kanser laa n whatever laa .. perlu ker buat semua tue untuk dapatkan kasihan dari saya .. tolonglaa hati perempuan cepat trsentuh dgn prkara mcm nie..perempuan akn cepat trase n sedih dgn berita mcm nie .. jgnla mainkan aty perempuan ngan cara mcm nie ..  soo  boys take serius k bnde nie.. pleaz laa itu bukan salah satu cara untuk dapatkan perhatian perempuan .. kalau betul sakit ,, cakap sakit .. kalau just nak dapatkan perhatian ajer ,, stop it laa .. banyak cara lain lagi boys boley buat .. kalau boleh biarlah ia ikhlas dari hati .. xperlu berpura2 untuk dapatkan sesuatu.. kalau serius sayangkan seseorang perempuan tue ,, cubalah dapatkan dengan cara yang baik .. janganla sesekali sakiti aty nye & cuba berpura2 .. Ok meh saya bagi sikit tips cara untuk memikat kaum wanita nie .. baru cool beb .. ^_^
tapi satu jer kena ingat walau mcm ane tips sekalipun boys ikut,, jadilah diri sendiri .. itu yang terbaek cara untuk memikat kaum wanita .. xperlulah berpura-pura dan ikhlas laa dgn setiap perkenalan kita..

ü  Jadilah diri sendiri : xyah laa nak tiru cara orang lain pikat perempuan .. hiprokrit semua 2 .. you have to be yourself .. perlu ade keyakinan n xperlu nak berpura-pura baik depan perempuan 2 kalau itu bukan sikap sebenar anda.. ikhlas laa ngan diri sendiri ,, itu cara yang terbaekk .. be gentlemen laa .. J


ü  Kenalah jaga kebersihan diri : janganlah nak jumpa orang yang kita sayang 2 dalam keadaan selekeh sgt .. Just be a simple person.. jangan terover & jangan selekeh sgt .. biarlah berpatutan .. J


ü  Jangan Desprate sgt : kalau ye pun suke kat perempuan 2 ,, jangan laa tunjuk sgt desperate 2 .. perempuan boleh rimas taw kalau lelaki terlalu memaksa perempuan tue terima diri dye .. lame2 perempuan 2 pun boley angkat kaki kalau jumpa kowang ,, hehehe J


ü  Hargailah dia semampu yang boleh: kata orang kalau perempuan depan mata ,, lelaki nie susah nak hargai diri kita right ?? bila perempuan tue da pergi  tinggalkn dia ,, baru dia terasa kehilangan.. soo pleaz laa boys cube hargai dia .. J


ü  Berterus terang laa : lelaki kalau hati da cakap suka ,, terus terang ajer ngan perempuan 2 .. jangan simpan nty putih mata .. Better sebelum 2 lelaki kene ready la terima ape pun kptusan prempuan 2 k.. & then try cari mase yg sesuai untk brterus  terang dengan perempuan 2  n jangan terlalu mendesak & be gentlemen k .. J