Monday 31 December 2012

Sweet Memory..

30.12.2012… Hari yang dinantikan oleh semua ahli family aku termasuk bakal family aku.. Hari dimana bersatunya pasangan 2 sejoli.. Cehh macam da kawin ajer padahal hari tu hari pertunangan ajer.. hehee .. Akhirnya setelah 7 tahun berkawan,, Kak Dewi & Abang kesayangan bertunang jugak akhirnya.. 3 tahun berbezaan umur mereka tapi yang buat aku tabik ialah hubungan mereka boleh bertahan selama 7 tahun.. wahhh amazing lorhh.. Bukan senang nak mempertahankan hubungan yang begitu lama tanpa ikatan taw.. Banyak dugaan nya & dengan kesabaran yang menggunung akhirnya bersatu juga.. Bagi aku dugaan hubungan abang & kak dewi boleh tahan hebat juga & kalau aku laa sure tak tahan punye.. Aku tabik dengan kak dewi sebab sanggup tahan sikap baran abang aku tu .. Tapi kadang2 abang aku tu romantik boleh tahan taw.. Baran + Romantik.. Terbaikk laa… Doa buat adik tercinta abang nie agar hubungan abang & kak dewi berkekalan hingga akhir hayat.. semoga bahagia selalu & sweet couple selalu k.. Selamat Bertunang k.. J

sweet kan dyeorang.. ^_^
Comey pulak aku.. hehee
Yasin sebagai artis undangan.. Terbaikk !! 
nie hantaran dari pihak lelaki.. 7 dulang hasil tangan aku & mak aku sendiri.. Cantik kan?? ^_^

Thursday 27 December 2012

Sms Cinta Sang Hati..

Saya bukan Shakespeare yang kaya dengan ungkapan pujangga demi membahasakan kasihku padamu.. Saya bukan Picasso yang mahir dengan lukisan sembolik demi mewarnakan cintaku padamu.. Saya bukan Thomas Edison yang mampu mencipta cahaya demi menerangkan sayangku padamu... Saya adalah saya yang kekal kasih, cinta dan saying padamu..

Kalau
saya jadi airmata, saya ingin lahir dari mata awak, hidup di pipi awak dan mati di bibir awak.. Tapi kalau awak jadi airmata saya, saya tak kan menangis sebab saya tak nak kehilangan awak..

Jangan tertarik kepada seseorang kerana
Parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.. Jangan pula tertarik kepada Kekayaan, kerana kekayaan boleh musnah... Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat kamu Tersenyum, kerana hanya senyuman dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.. Semoga kamu menemui orang seperti itu..

Saya tak bagus dalam
English tapi saya boleh beritahu yang I LOVE U... Saya xbagus dalam Geografi, tapi saya boleh beritahu awak TINGGAL dalam hati saya.. Saya tak bagus dalam Sejarah, tapi saya ingat FIRST TIME saya kenal awak.. Saya tak bagus dalam Kimia, tapi saya boleh beritahu tindak balas saya bila awak SENYUM.. Saya tidak hebat dalam tiap2 subjek, tapi saya boleh beritahu awak yang saya hebat dalam semua subjek jika topic nya ialah AWAK...

Orang istimewa bukan yang selalu
di depan mata.. Mahupun yang sentiasa di sisi, tetapi.. Dia yang setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya..

Friday 21 December 2012

Usaha Tangga Kejayaan..

21.12.2012... hari yang tak boleh dilupakan, dimana hari semua rakan saya menyambut kejayaan masing2.. Tak sia2 usaha yang dilakukan selama nie.. Study hard giler2 sampai ada yang xtido semata2 exam punye pasal .. Memang teruk la waktu nak amek exam dulu tapi ape pun xsia2 usaha kteorang Alhamdulillah…. Semua Berjaya mencapai impian masing2 termasuk aku.. Happy sangat2 sampai nangis haa.. (Ye ker??) heheehe… Ape pun TAHNIAH yer buat NurMazleen,, Saidatul Adilla,, Azuera,, & Nadiramohd.. Semuanya Berjaya & dapat result yang cemerlang.. Bangga dengan kowang semua.. Hope sem akan datang kita berusaha lagi sama2 k.. Sayang kowang sangat2 & best friendz forever yupz.. Walau Berjaya macam mana pun kita,, kawan tetap kawan.. Usaha sama2 sampai kita Berjaya.. Itu yang lebih bahagia dari berjaya seorang diri.. Kejayaan tangga usaha bersama.. Cehhh wahh.. haha.. Love u allz …. <3





Thursday 20 December 2012

Maksud Nama - Huruf

A à Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B à Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C à Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D à Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E à Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F à Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G à Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H à Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I à Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J à Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K à Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L à Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M à Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N à Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O à Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P à Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q à Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R à Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S à Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T à Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U à Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V à Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W à Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X à Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y à Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z à Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tuesday 18 December 2012

Renungkan Bersama ...

•- Bila kita stress, adakah kita mendengar muzik atau bacaan ayat-ayat Al-Quran?
•- Bila kita sedih, adakah kita menangis mengadu pada Allah atau pada teman sekeliling?
•- Bila marah, adakah kita memaki-hamun atau terus ambil wudhu'?
•- Bila merasai kekosongan, adakah kita menonton wayang dan berkaraoke atau kita memahami ayat-ayat Allah?
•- Bila rasa tertipu, adakah kita membalas dendam atau bersabar dan berserah pada Allah?
•- Bila merasakan tidak setuju dengan seorang saudara Muslim, adakah kita mengumpat dan mencelanya atau mendoakannya?
•- Bila mencari idola buat memotivasi diri, adakah kita menyelidik kehidupan para hartawan atau kehidupan mereka yang telah dijanjikan syurga Allah SWT?

Kita sering mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui saluran yang tidak menepati ajaran agama. Ketahuilah bahawa amalan sedemikian cuma membawa bersamanya nikmat yang seketika, tapi tidak tercapai ketenangan dan kebahagiaan yang sebenarnya.

Saturday 15 December 2012

Hening Pagi..

Pada 14 Dec 2012, antara pukul 2.30 a.m. pada hari Jumaat disertai hujan rahmat pergi nya orang yang sangat saya sayangi yang selalu saya hormati dan tempat saya mencurahkan kasih sayang iaitu arwah nenek saya.. Tepat seminggu pemergian arwah dan seminggu itu jugak la rindunya saya pada arwah.. Teringat kembali sebelum arwah meninggalkan saya, saya baru aje pergi melawatnya seminggu sebelum arwah pergi, saya tengok arwah sihat sangat.. Dah boleh berjalan, bercakap, bergurau, arwah nampak sihat sangat.. xsangka sihat arwah tu hanya sementara saja.. Hmm rupanya ada petanda disebalik sihatnya setelah arwah da bertahun sakit, keluar masuk hospital akhirnya dia pergi juga tinggalkan kami semua.. kehilangan arwah amat terasa sebab arwah atuk pun da tiada jadi bila arwah nenek pun da tiada betul2 rasa kehilangan.. Mesti akan menjadi sunyi rumah di kampung tu lagi2 bila ada perayaan.. Apapun saya kena terima seadanya dan berdoa untuknya selalu.. Setiap yang hidup pasti akan kembali jugak pada penciptanya dan kita yang masih hidup perlulah meneruskan perjuangan ke jalan yang diredhai.. saya sayang arwah nenek saya.. Al-Fatihah ~~





Hari Raya Terakhir Bersama Arwah Nenek..


Wednesday 5 December 2012

Andai Itu Yang Terbaik..

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan
KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu
KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Pejamlah mata & Ikutlah kata hati.. Andai sayang yang dirasai,, cubalah kuatkan  hati untuk menerimanya & meneruskannya.. Andai benci yang dirasai,, pulangkan lah dengan cara yang baik seperti mana kita mengambilnya dahulu agar tidak ada yang menyimpan rasa marah atau dendam.. J